JellyPages.com

Friday, 7 December 2012

Watch from capital N :)

Hi readerssss! :D
First of all, i was soooo happy today because today is the last of my practical!
Penat counting days tau, but today just counting tik tok tik tok :D
And dia kan macam tahu2 jee yg hari ni saya akan sentiasa tengok jam..
Dia belikan saya jam ^^,
Terkejut jugak, tiba2 dia balik kerja and whatsapp saya,
"awak dah beli jam?"
haha sebab hari tu jam saya hilang :(
Dia datang rumah saya and bagi jam tu,
jam tu biasa je pada dia, and dia tahu saya tak minat jam yg tali biasa2 ni,
saya minat yg steel :D
Alasan dia belikan untuk saya, sebab sama dengan jam dia..
Sweet kan? Thank you busuk :-*
Even kitorang dah takde pape, kitorang still close :')

PA watch. Dia suka hijau sebab tu lah hijau jadinya :D

P/S : Terima dgn ikhlas pemberian dari someone yg ikhlas memberi tu :')


Habis dah entry ni :)

Tuesday, 4 December 2012

Mungkin kita tak tahu..


Hi :)
Tiba2 teringat satu article ni dulu..
Banyak perkara yg kita tak tahu dlm life kita ni sebenarnya..
Maybe sebab kita ni terlampau cepat berfikir yg bukan2 and buruk sangka
terhadap org sekeliling kita..
Haihh bnayk dosa dah ni ekekeke :D
So sebelum terlambat nak buka minda and hati tu,
sama2 lah kita amek tahu apa yg kita tahu.. :)
Renung2kan dan selamat berfikir! :D

1. Sekurang2nya ada 5 orang dalam dunia ini yang menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda
2. Sekurang2nya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.
3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.
4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang walaupun dia tidak menyukai anda.
5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.
6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.
7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.
8. Anda seorang yang istimewa dan unik.
9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.
10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya.
11.Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin anda yang     meminggirkan mereka.
12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya.
13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci & cela. 
14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.

p/s : Hargai org yg sanggup berkorban apa je utk kita,
sementara dia ada kat depan mata kita..



Habis dah entry ni :)

Wednesday, 28 November 2012

Rollerblade :'(

Morning sunshine..
Sumpah sangat2 letih hari ni and takde mood langsung nak kerja -.-
Mana taknyaaa, semalam merayau dgn si Myrra kesana sini semata2 nak cari ROLLERBLADE
untuk ex kesygan saya tu =.=
Penat gila sampai sesat2, nasib baik lah Google Maps ada, haihh
Before nak pergi tu, search google then ada ah jumpa satu shop ni Skateline Malaysia.
Dia ada dua outlet, satu kat TTDI and lagi satu kat Sungei Wang Plaza.
Then tanya member, dia cakap ada kat satu shop ni Wheelove Skate Shop kat Subang terletaknya.
So fikir2 better pergi yg dekat2 dulu kan.
Dah sesat2, then sampai dgn gembiranya kan.. ALHAMDULILLAH rollerblade ada!
Sekali tengok price dia, guess how much?
RM700 paling murah, and yg secondhand pun RM400..
Sumpah nak nangis rasa, fikir bermake up je HAHA sempatttt
Hampa kecewa semuanya ada ya ALLAH
Bajet RM300 je kot :(
Then ingat nak beli skateboard, dia macam tak layan pulak rasanya..
So saya decide untuk belikan dia kasut futsal dgn hati yg ikhlas :)
Tak lupa juga cupcake..
Sedihnya bila apa yg kita plan tak jadi kan?
Tak dapat nak celebrate sama and bagi present tu sendiri :'(
But nvm lah, asalkan dia suka dgn kasut tu..

Ni shop kat Subang tu

Ni yg dia dok update kat fb tu

Ni yg dapat saya belikan :(

P/s : Thanks a lot lot to Myrra sebab sudi teman saya semalam, kesian awak terpaksa berjemur and berjalan kaki kesana sini.. And to Mr Ex Love, i will do anything for you. But sorry itu je yg org mampu bagi awak seikhlas2 hati org. Thanks sebab suka kasut tu. Pasal size mana org dapat tahu tu, biarlah rahsia :)





Habis dah entry ni :)

Friday, 23 November 2012

Twilight Breaking Dawn Part 2

Hi peeps! Good morning :)
Mood sekarang twilight jee dalam kepala otak ni..
Almaklumlah baru tengok twilight semalam. WEE~~
5 STAR lah saya bagi utk twilight kali ni..
Jacob yg handsome, Edward yg suweetttt ^^,
Haihh melting saya! HAHA
Haa cepat2 sape yg belum tengok tu rugi tau..
Gempak ceritanya kalah mulut saya :P

If i was your girlfriend, never let you go lalala~~~ puihh ada hati!

suweettt sangat ^^,

Ni lah endingnya :)
p/s : Thanks to my ex yg perasan dia tu Jacob HAHA! Tapi takpe lah disebabkan dia belanja semalam, yekan ajeee :P


Habis dah entry ni :)

Wednesday, 14 November 2012

13th Nov 2012

Hello strangers :)
Happy belated birthday to me!
seriously saya tak boleh lupakan birthday saya tahun ni, itulah hari kesyukuran dan itulah hari perpisahan.
maybe saya silap, sepatutnya saya bersyukur telah dilepaskan oleh seorang lelaki
yg tak patut saya cintai.
saya harus bersyukur dah lepas dari seksa tu.
ye, betul kata2 seorang ibu.
janganlah sesekali kita menafikan atau membantahnya.
"dia dah ada semuanya skrg jue,
dia dah tak pandang perempuan mcm kau.
lagi kanan dari kau dia boleh dapat"
ye emak, jujue tahu tu.
tp jujue ikhlas cintakan dia.
mcm mana jujue sanggup buat emak ayah nangis disebabkan jujue lawan ckp emak
untuk bahagiakan dia.
itulah bukti terbesar yg jujue sayangkan dia.
berdosanya jujue kat emak ayah.
jujue minta maaf ye emak ayah sebab jujue dah kecewakan emak.
jujue betul2 menyesal.

p/s : semoga satu hari nanti, ALLAH bukakan hati dia untuk sedar
apa kesilapan dia.


Habis dah entry ni :)

Saturday, 13 October 2012

Muhamad Nazwa

Untuk awak..
Org minta maaf dgn apa yg dah jadi..
Org takde niat pun nak lari dari awak,
org block bbm, facebook, whatsapp, and lastly org terpaksa patahkan sim tu
semua sebab nak awak datang cari org..
Tp awak tak cari org pun :'(
Seriously even tak sampai seminggu lagi kita break,
org rasa macam tak biasa lalui hari2 org tanpa awak.
Hari2 tiap2 malam tunggu awak datang,
tp hampa jawabnya :'(
Its okay kalau ni je lah jalannya, berpisah..
Org akan ingat janji and sumpah awak sampai bila2 yg awak takkan cari org lagi..
Org harap org kuat untuk teruskan life org tanpa awak..
Betul awak cakap,
kita mmg takkan kahwin..
Org bukan yg terbaik untuk awak..
Org tetap sayangkan awak even satu hari nanti awak dah jadi milik org lain..
Sebab awak cinta mati org.


p/s : Biarkan yg lalu mati dlm ingatan, tp tidak mati dlm hati.


Habis dah entry ni :)

Thursday, 20 September 2012

Emma.. Nelydia.. Nak sama kan? :D

Hello peeps! :)
Nak tahu tak..
Tak pernah2 saya seobses sebegini dgn artis wanita kat Malaysia ni..
And she's the first one, she make me feel like woww indahnya ciptaan ALLAH!
EMMA MA'EMBONG
Sumpah cantik gila, gorgeous!
Stalker2 page ni, and dia tak sombong *keep it up awak
Sebaya saya pulak tuu! Weeehee~~
Dia mix rupanya, mama dia Scotland and ayah dia Ganu Malaysia..
Patut lah cantik kan?
Pastu sekali pandang tengok macam Si Nora Elena tu..
Dua kali pandang macam Nelydia..
Ni page dia

p/s : saya suka tengok wajah kacukan :)


Habis dah entry ni :)

Wednesday, 15 August 2012

Panjang umur..

Baru je semalam sy update pasal dia,
kan malam tadi dia tiba2 whatsapp sy.. -.-
sy dah boleh terima dia takde,
tapi bila dia muncul lagi, 
hati sy jadi tak menentu,
betul ke apa yg sy buat ni???
dia kata dia tunggu sy berubah,
dia minta sy bagi dia masa..
sejujurnya sy dah tak perlukan peluang tu,
tapi entah lah..
hati sayang, tapi dah terluka..
what im suppose to do???

p/s : solat istikharah :)

Habis dah entry ni :)

Tuesday, 14 August 2012

633 Days Meaningfull

Kadang2 sy terfikir,
kenapa sy diberi peluang bercinta dgn dia,
mengenali dia..
sedangkan sy menganggap dia lah lelaki yg bakal menjadi imam kepada sy..
apa yg sy harapkan, sehidup semati bersama dia..
akhirnya kami berpisah atas kesilapan masing2..
ya benar, setiap kata2 yg dilafazkan tu ada maksud yg tersirat..
"apa yg aku buat semua takde kena mengena dgn kau, kalau kau tak suka kau takyah nak bising2, kau boleh blah, aku akan kejar apa yg aku nak sampai dapat, takde sape boleh halang aku"
dan sy mula tawar hati..
kehadiran kekasih lama pula membuatkan sy terasa ingin menyakiti dia pula..
bukan niat untuk bersama semula,
cuma utk memuaskan hati sendiri..
bukan niat utk mengungkit,
tapi jika nak dibandingkan besar mana dan banyak mana silap dia dulu,
kenapa peluang tu sentiasa ada utk dia..
dan kenapa peluang tu tak ada utk sy??
dan bila dia tak memaafkan sy,
sy putus asa..
kerana sememangnya hati sy dah tawar dgn kata2 dia..
sy lepaskan dia dan berjanji bersumpah tak akan muncul lagi..
setiap hubungan yg sy mulakan,
sy sentiasa berfikir hingga ke alam perkahwinan..
tapi, selama tempoh perkenalan,
sy tak nampak bayang2 jodoh sy adalah dia..

p/s : sy sentiasa sayangkan dia walaupun sy ni adalah hati yg dia sakiti..

Habis dah entry ni :)

 
Copyright All Rights Reserved notahatijujueliana.blogspot.com